Al-Kisah Telenovela Melayu

Friday, 17 February 2012
Sejak akhir-akhir ini,,banyak drama-drama TV yang menceritakan tentang kisah perkahwinan kontrak@perkahwinan bukan atas dasar suka sama suka dan terpaksa…cerita-cerita begini sebenarnya memberi impak negatif dlm kehidupan remaja sekarang dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan….

Impak negatif ini dpt dilihat melalui kebebasan suami@isteri untuk curang terhadap pasangan masing-masing…semuanya adalah kerana suami@isteri itu berkahwin atas dasar terpaksa…dan mereka membuat perjanjian bahawa mereka bebas untuk keluar@berdating dengan kekasih hati masing2 tanpa rasa bersalah dan berdosa….dan mereka bebas jalankan aktiviti seharian masing2 tanpa dikongkong oleh suami@isteri.....kononnnya,,semuanya adalah kerana cinta….cinta terlarang….kononnya mereka rela buat apa saja demi cinta,,,,rela curang terhadap suami@isteri masing2….

Cerita-cerita sebegini seolah-olah mempermainkan peranan institusi perkahwinan….seolah-olah perkahwinan ini atas dasar suka-suka dan boleh dijual beli dengan cinta terlarang mereka….ia jauh daripada natijah sebenar pensyariatan perkahwinan dalam Islam…..cerita-cerita sebegini juga akan memberi contoh tidak baik kepada para remaja masa kini yang naif,,,mereka akan berfikiran bhwa perkahwinan ini hanya skdar utk enjoy shaja dan mereka akan anggap perkara ini sebagai perkara biasa shaja…Mungkin suatu hari nnt,,kite akn dikejutkan dgn kadar penceraian yang tinggi di kalangan pasangan muda remaja.....nauzubillahi min zalik….

So,,pihak penerbitan filem harus meneliti setiap jalan cerita yang ingin disampaikan supaya tidak bercanggah dengan realiti kehidupan sebagai seorang Muslim…..dan ibubapa juga perlu memantau setiap tingkah laku anak2 remaja…bkn bermaksud untuk mengongkong,,tapi sebagai langkah pencegahan..sesungguhnya pencegahan lebih baik drpada merawat….sesal dahulu pendapatan,,sesal kemudian tidak berguna..dan jangan jadi sprti kata pepatah,,sudah terhantuk baru terngadah….renung2kanlah………J

0 comments:

Post a Comment