Tips Kesihatan

Sunday, 12 May 2013
1. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya, Insyaallah jauh dari penyakit.



2. Mandi pagi sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul.


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak daripada pening atau migrain. Daripada hasil kajian saintis telah membuktikan bahawa apabila bersujud, darah akan mengalir ke ruang udara dalam saluran darah di kepala.





I AM MARRIED!!!!!!

Monday, 15 April 2013

Assalamua’laikum,,,,,,,,tanggal 7 april 2013, genap 2 bulan tempoh perkahwinanku…pengalaman menjadi seorang isteri adalah amat menyeronokkan,,,,,banyak perkara baru yang aku hadapi…namun begitu,,,sebelum mendirikan rumahtangga,, sebagai wanita kita perlu bersedia dari segala aspek,,,antaranya ialah:

a)      bersedia untuk menerima segala kelemahan dan kekurangan pasangan.
b)      bersedia untuk menerima ahli keluarga pasangan.
c)      bersedia untuk menjadi pendengar yang setia bagi pasangan.
d)      bersedia berkongsi bilik, rumah, kereta dan segala keperluan rumah.
e)      bersedia untuk meluangkan masa bersama pasangan.
f)        bersedia untuk saling bantu-membantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah.
      g)   bersedia untuk sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.

so,,sama2lah kita semua bersedia untuk menghadapi dan melalui fasa baru dalam kehidupan kita dengan bergelar seorang isteri.....:-)

BAB WALIMAH DAN ADAB-ADABNYA

Monday, 23 July 2012


Keutamaan

©   Sunat mengadakan walimah pernikahan, walaupun sederhana. (Muslim)
©   Rasulullah s.a.w pernah membuat walimah hanya dengan bubur dan beberapa buah kurma. (Tirmidzi)
©   Disunatkan mengumumkan pernikahan kepada masyarakat dan keluarga agar tidak terjadi timbulnya fitnah dan sangka buruk dari pihak lain. (Tirmidzi)


Adab

©   Sunat mengucapkan kata-kata selamat kepada pengantin ketika menghadiri acara walimah. (Al-Ghazali)
©   Sebaiknya walimah itu diselenggarakan di masjid tetapi tidak dilarang jika diadakan di rumah. (Tirmidzi)
©   Sunat saling memberi hadiah dalam walimah. (Bukhari, Baihaqi)
©   Wanita dan anak-anak boleh menghadiri resepsi pernikahan. (Bukhari)
©   Hendaklah walimah diadakan tidak lebih dan dua hari. Walimah pada hari pertama adalah hak, hari kedua makruf dan hari ketiga riak dan sumaah. (Abu Dawud)



Undangan walimah

©   Wajib memenuhi jemputan walimah walaupun sedang puasa kecuali uzur. Barang siapa tidak memenuhi jemputan walimah, maka ia telah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. (Bukhari, Muslim)
©   Memenuhi jemputan dapat menggembirakan hati sesama mukmin, menyenangkan hati seseorang mukmin itu berpahala besar. (Abu Nashr Samarqandi)
©   Apabila melihat ada kemungkaran dala acara walimah, maka lebih baik segera pulang. (Bukhari, Muslim, Imam Malik)
©   Sunat menolak daripada hadir dalam jemputan walimah apabila terdapat banyak kemungkaran dalam acara tersebut. (Bukhari)
©   Memenuhi jemputan itu lebih diutamakan jika ada orang miskin dan orang kaya yang dijemput. Jika hanya kalangan orang kaya dahaja yang dijemput, maka acara tersebut dibenci oleh Rasulullah s.a.w. (Abu Nashr Samarqandi)
©   Jika dijemput walimah dan ada teman yang akan ikut menghadiri walimah tersebut padahal ia tidak dijemput, maka hendaklah yang dijemput memnta izin untuknya kepada orang yang menjemput. (Tirmidzi)


Rujukan: Petunjuk Sunnah dan Adab-adab Seharian (Ustaz H.A. Abdurrahman  Ahmad as-Sirbuni)  

pengalaman interview

Thursday, 21 June 2012
bru2 ni,,pd 19 Jun 2012,,aku telah hadir ke temuduga sebagai Pegawai Pendidikan Pelajaran Pengajian Tinggi DH41 di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).....

satu sesi interview ni mengambil mase selama 1 jam 30 minit...dan djlankan secara berkumpulan,,,,satu sesi 4 orang...,n semua calon2nye hebat,,,msing2 dh ade pengalaman keje sebagai pegawai agama, KAGAT,,,,,terasa kerdil je diri ni berbanding calon2 lain....soalan2nye plak mmg mncabar dan memerlukan daya berfikir yg tinggi...perlu berfikiran jauh,,,soalannye semua berkisar tentang agama Islam,,,tntg akidah,ibadat,,,xde langsung soalan pengetahuan am....

slpas interview selesai,,aku rase sgt kecewa ngn jwpan yg aku bg kpd penemuduga,,,mengarut je aku jawab..huhuhu..bile diingatkan kembali,,nk tergelak pun ade..huuuuhhuu....maklumlah,,aku xprepare molek2...x tekan pun kpd hal agama Islam,,,aku tekan kpd pengetahuan am semata2...mmg terkejut jgk ngn soaln interview 2...tp xpe...ni merupakan pengalaman yang amat bermakna,,,mgkn pd mase akn dtg,,,ade rezki,,aku dpt lagi interview utk jd pensyarah ni,,,n aku dpt bersiap sedia dgn lbh baik....

aku amat berharap aku lulus interview tu,,,,tp kalo xde rezki,,aku redha,,,sesungguhnya ALLAH lbh mengetahui apa yang terbaik utk aku....n aku akan buat yg terbaik sekiranya aku dpt peluang ni skali lg...insyaallah....

welcome back!!!

assalamualaikum,,,,bertemu kembali setelah hampir 3 bulan aku x update blog ni....huhhuhu.....aku skrg ni dh bertukar profesion,,,dari cikgu menjadi warden...huhuhu...aku skrg ni jd warden di asrama ank yatim n fakir miskin darul akhyar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat IstiadatMelayu (MAIDAM) selama stahun,,,just be a trainner....keje kt cni rileks sgt2...alhamdulillah....n aku harap aku dapt bgi sdikit sumbngan kpd adik2 penghuni di cini dgn berkongsi ilmu yg sdikit ini...semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami....AMIIIN....

dalam kenangan,,,,

Monday, 19 March 2012
Pada 7 mac 2012(rabu),,,aku dan semua warga sekolah SKKT dikejutkan dengan kematian seorang murid tahun 3IK iaitu almarhum Amin Aliff,,,,,aku benar2 terkejut kerana arwah merupakan murid kelasku...kematian arwah amat mengejutkan kerana pada pagi hari rabu,,arwah dtg ke sekolah seperti biasa untuk mengambil peperiksaan OTI 1..,dan tibe2 sebelum maghrib,,dapat pnggilan mengatakan bahwa Amin Aliff telah meninggal dunia akibat jatuh dan lemas dalam lombong....innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n....aku terkedu,,,mcm xpercaya dengan berita tersebut.,,

Pada hari sebelum tu(selasa),,,aku ade tegur arwah,,,aku suruh arwah potong rambut dan potong kuku,,,esk teacher nk tengok,,tp keesokan harinya,,aku xmasuk ke kelas kerana bertugas menjaga peperiksaan kelas lain,,,sedih jugak coz xsmpat bercakap ngn arwah utk kali terakhir,,,namun begitu,,aku sempat melawat keluarga arwah n melihat arwah sebelum dikafankan....teacher berdoa,,semoga arwah Amin Aliff  tenang di sana,,,,amin,,,,al-fatihah,,,,,

Al-Kisah Telenovela Melayu

Friday, 17 February 2012
Sejak akhir-akhir ini,,banyak drama-drama TV yang menceritakan tentang kisah perkahwinan kontrak@perkahwinan bukan atas dasar suka sama suka dan terpaksa…cerita-cerita begini sebenarnya memberi impak negatif dlm kehidupan remaja sekarang dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perkahwinan….

Impak negatif ini dpt dilihat melalui kebebasan suami@isteri untuk curang terhadap pasangan masing-masing…semuanya adalah kerana suami@isteri itu berkahwin atas dasar terpaksa…dan mereka membuat perjanjian bahawa mereka bebas untuk keluar@berdating dengan kekasih hati masing2 tanpa rasa bersalah dan berdosa….dan mereka bebas jalankan aktiviti seharian masing2 tanpa dikongkong oleh suami@isteri.....kononnnya,,semuanya adalah kerana cinta….cinta terlarang….kononnya mereka rela buat apa saja demi cinta,,,,rela curang terhadap suami@isteri masing2….

Cerita-cerita sebegini seolah-olah mempermainkan peranan institusi perkahwinan….seolah-olah perkahwinan ini atas dasar suka-suka dan boleh dijual beli dengan cinta terlarang mereka….ia jauh daripada natijah sebenar pensyariatan perkahwinan dalam Islam…..cerita-cerita sebegini juga akan memberi contoh tidak baik kepada para remaja masa kini yang naif,,,mereka akan berfikiran bhwa perkahwinan ini hanya skdar utk enjoy shaja dan mereka akan anggap perkara ini sebagai perkara biasa shaja…Mungkin suatu hari nnt,,kite akn dikejutkan dgn kadar penceraian yang tinggi di kalangan pasangan muda remaja.....nauzubillahi min zalik….

So,,pihak penerbitan filem harus meneliti setiap jalan cerita yang ingin disampaikan supaya tidak bercanggah dengan realiti kehidupan sebagai seorang Muslim…..dan ibubapa juga perlu memantau setiap tingkah laku anak2 remaja…bkn bermaksud untuk mengongkong,,tapi sebagai langkah pencegahan..sesungguhnya pencegahan lebih baik drpada merawat….sesal dahulu pendapatan,,sesal kemudian tidak berguna..dan jangan jadi sprti kata pepatah,,sudah terhantuk baru terngadah….renung2kanlah………J

second week as a teacher....

Saturday, 11 February 2012
minggu nie merupakan mingguke-2 aku menjalankan tugas sebagai guru....mmg bnyk perkara baru yg aku blaja....mcmne nk handle pelajar kelas last....sbnrnye dieorg semua berpotensi utk berjaya,,cuma faktor kemalasan yg melanda diri mereka dan faktor kurang perhatian drpd ibu bapa yang menyebabkan mereka xde semangat utk belajar....mereka lbh suke main-main...kdg2 timbul juga rasa kasihan dgn nasib merek yang lahir dlm keluarga yg serba kedhaifan....tapi sebenarnye,,semua itu bkn faktor penghalang utk berjaya...kerana diriku sendiri tergolong dlm keluarga miskin....aku berharap ank2 didikku menjadi insan yang berjaya.....insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara......Ya ALLAH,,,Ya Tuhanku,,,kau permudahkanlah ank2 muridku untuk menerima ilmu-Mu...kau terangilah hati mereka dengan hidayah dan petunjuk-Mu...amin.....